FAQ

FAQ

Frequency Ask Question



Bagaimana Dermaroller boleh memperbaiki kulit saya?


Kulit yang semakin berusia akan semakin hilang keanjalannya kerana kolagen yang dihasilkan semakin berkurangan. kolagen iaitu tisu yang berperanan memastikan kulit tidak mudah koyak apabila diregang dan juga tisu elastin yang berfungsi memantulkan semula kulit selepas proses regangan akan menjadi semakin lemah dengan peningkatan usia.

Ini menyebabkan kulit kelihatan tidak bermaya dan kurang licin dan menyebabkan kepada kemunculan garis garis halus, kedutan, lipatan dan kerut pada kulit. Selulit juga akan menjadi lebih teruk dengan peningkatan umur kulit, menjadikannya lebih nipis dan kehilangan kolagen .

Semasa kulit kita mengalami perubahan dengan peningkatan usia, pada masa yang sama kuasa graviti turut akan menarik kulit ke bawah menjadikan kulit kendur dan menggelebeh.

Sejauh mana kulit garis halus dan kedutan seseorang bergantung juga kepada faktor keturunan. Cara yang mudah ialah dengan melihat perubahan pada kulit kedua ibu bapa kita. Sekiranya mereka mempunyai banyak garis halus dan kedut ketika tua, maka kemungkinan besar kita juga akan turut mengalami perubahan kedutan yang sama banyak.

Dikatakan walaupun kita cuba mengurangkan kedut dengan memakai krim yang mahal pun tetap tidak dapat menghilangkan garis-garis kedut tersebut.

Garis halus juga terjadi disebabkan kerana pendedahan kulit pada cahaya matahari. Pakar kecantikan
menyatakan pendedahan kepada cahaya matahari yang berlebihan akan menyebabkan golongan remaja mengalami keadaan penuaan separa matang.

Parut jerawat juga berlaku apabila radang jerawat telah merosakkan kolagen kulit.

Setiap Dermaroller yang digunakan mengandungi steril jarum pembedahan. Apabila digolek / dilalukan ringan di atas permukaan kulit, menghasilkan beribu-ribu lubang kecil.

Kemudian badan akan bertindak balas dengan proses penyembuhan yang mana menggalakkan pengeluaran kolagen, protein semula jadi kulit.

Kolagen baru dihasilkan mula bergerak ke atas ke arah permukaan kulit. Pengeluaran ini semakin meningkat dan menjadi sama rata di kulit dan membuatkan jalinan kulit menjadi halus, saiz liang roma yang lebih kecil, mengurangkan parut, garis-garis halus dan kedutan.

Penggunaan Dermaroller yang konsisten dan berterusan dapat membantu untuk menggalakkan proses
penyembuhan secara berterusan. Sesetengah pengguna Dermaroller mendapat keputusan yang ketara hanya dalam masa 7-10 hari selepas rawatan pertama.


Muka saya jadi merah, adakah ini normal?


Jangan terkejut, keadaan ini adalah NORMAL .

merawat kulit bermasalah



Apakah yang menyebabkan terjadinya penuaan kulit dan bagaimana penggunaanDermaroller boleh menjadi anti -penuaan?


Kualiti kulit anda dapat dilihat semakin berkurang ketika proses penuaan. Semakin tua kita maka semakin kelihatan garis-garis, kedutan, bintik bintik dan kulit menjadi semakin kendur.
Tanda-tanda penuaan dapat dilihat lebih ketara pada sekeliling mata,di dahi di bahagian tepi mulut ( garis ketika ketawa ) dan di bawah mata.

Penuaan adalah satu proses yang berterusan yang biasanya bermula pada pertengahan umur 20-an. Dalam kulit, penghasilan kolagen semakin perlahan, dan elastin. Sel-sel kulit mati tidak susut dengan cepat dan sel kulit baru semakin berkurangan.

Penuaan yang paling awal adalah disebabkan oleh pendedahan matahari. Tanpa perlindungan daripada sinaran matahari, hanya beberapa minit pendedahan setiap hari selama bertahun-tahun boleh menyebabkan perubahan ketara kepada kulit. Jeragat, bintik umur, urat labah-labah di muka, kulit kasar dan keras, kedutan halus yang hilang apabila diregangkan, kulit longgar, keratoses aktinik (tebal ketuat - seperti kasar, tompok kemerahan kulit), dan kanser kulit dikesan terjadi disebabkan kepada pendedahan kepada cahaya matahari.

Faktor-faktor luaran lain yang menyebabkan kulit pra-matang terlalu awal adalah expresi muka yang
berulang-ulang, graviti, kedudukan ketika tidur, dan merokok.

Pada hakikatnya ramai di antara kita akan mencuba memberi rawatan untuk mengekalkan kecantikan kulit kita, tetapi proses penuaan tetap akan terjadi dalam hidup kita. Kajian saintifik dalam bidang anti - penuaan terus memberikan pilihan rawatan baru dan menjanjikan keberkesanannya dan salah satu daripadanya adalah Dermaroller.

Dermaroller sebagai Rawatan Penuaan Kulit

Derma roller sangat berkesan digunakan untuk rawatan penuaan kulit. Gunakan peranti ini 2-3 kali seminggu untuk membantu mengurangkan garis-garis halus dan kedutan. Guling peranti ini beberapa kali di seluruh kulit anda. Proses ini akan merangsang pengeluaran kolagen yang kemudiannya bertindak sebagai penyelesaian anti-penuaan. Kolagen ini kemudiannya ditolak menaik ke kulit membuatkan kulit kelihatan lebih tebal, lebih kuat lebih ketat dan lebih muda.

Berhati-hati apabila menggunakannya di sekitar mata anda dan jangan gunakannya pada kelopak mata. Begitu juga apabila menggunakan di bahagian bibir, berhati-hati dan elakkan daripada menyentuh bibir dengan peranti ini.

Selepas menggunakan Dermaroller pada kulit, letakkan produk penjagaan kulit seperti serum anti anti ageing sama rata pada kawasan sasaran. Gandaan lubang yang dibuat oleh suntikan jarum akan membantu bahan aktif menembusi kulit pada kadar yang lebih besar daripada biasa. Biarkan selama lebih kurang 10 minit. Kadar serapan akan meningkat yang mana produk-produk ini mampu mencapai lapisan kulit dan akan menjadi sangat berkesan.

Anda boleh menggunakan produk produk kologen untuk melembapkan kulit dan memberi sedikit sokongan tambahan untuk pertumbuhan kolagen. Kesan-kesan pati ini dapat dipertingkatkan lagi
dengan penggunaan masker.

Keputusan yang didapati akan berbeza-beza dari seorang ke seorang yang lain kerana jenis kulit anda yang berlainan dan sejauh mana proses penuaan pada kulit anda. Perlu diingat bahawa kita mempunyai reaksi individu yang berlainan untuk rawatan dan ini bererti bahawa beberapa orang akan menunjukkan hasil yang lebih cepat daripada yang lain.

merawat bekas jerawat



Bagaimana saya boleh mengurangkan atau menghilangkan parut jerawat dengan menggunakan Dermaroller?


Parut jerawat adalah kesan sampingan yang tidak menyenangkan dan menyebabkan kulit
kelihatan tidak menarik.

Sebenarnya parut jerawat boleh dirawat. Terdapat pelbagai cara untuk merawat dan salah satunya adalah dengan menggunakan Dermaroller.

Jika anda adalah salah seorang yang mempunyai masalah ini, Dermaroller adalah penyelesaiannya. Ia
dapat merawat pelbagai jenis parut jerawat.

AMARAN : Dermaroller hanya sesuai untuk parut jerawat SAHAJA. Tidak digalakkan mengguakan Dermaroller pada jerawat yang masih aktif. Ia mungkin menyebabkan pendarahan dan memburukkan lagi keadaan. Rawat dahulu jerawat anda dan kemudian gunakan Dermaroller untuk merawat parut.

Pada asasnya, parut terhasil daripada ketidakupayaan kulit untuk kembali pulih dengan sendirinya. Apa yang Dermaroller lakukan adalah untuk memberikan proses tangan yang mana ianya akan melanjutkan proses pemulihan, dan seterusnya menghasilkan penampilan parut bebas yang sempurna.

Dermaroller apabila digunakan dengan Produk menghilangkan Parut Jerawat akan memberikan hasil yang luar biasa dalam menghilang tanda-tanda parut. Proses ini akan mempercepatkan kehilangan parut dan memberikan hasil penyembuhan yang lebih cepat.

Rawatan Dermaroller mewujudkan satu siri saluran mini dalam kulit anda yang bertindak sebagai lorong kepada produk penjagaan kulit yang sesuai untuk membaiki parut jerawat.

Produk-produk ini membantu untuk mempercepatkan proses pembaikan serta melembapkan kulit anda untuk memberikan anda rasa segar.

Hasil daripada penggunaan Dermaroller , bekas luka kecil atau parut jelas akan hilang , walaupun tebal, parut keloid akan menunjukkan tanda-tanda pemulihan dan menjadikannya sukar dilihat.

Penting, jika anda mempunyai parut keloid atau parut ais pick padat, penggunaan Dermaroller tidak memberi jaminan bahawa ianya akan hilang . Tetapi apa yang pasti adalah parut akan berkurang dan tidak ketara seperti sebelumnya.

Jika roller Derma digunakan secara teratur maka penambahbaikan akan menjadi ketara selepas tempoh yang sangat singkat. Kebanyakan orang mendapati bahawa parut jerawat mereka semakin pulih sebulan selepas rawatan dan juga terdapat beberapa orang telah melihat peningkatan selepas hanya seminggu selepas rawatan.

Sama seperti rawatan untuk penuaan , keputusan untuk merawat parut jerawat juga bergantung kepada tindak balas individu. Sesetengah orang akan melihat peningkatan yang lebih cepat daripada yang lain. Yang penting adalah bersabar dan anda akan berpuas hati dengan proses pemulihan ini.

Bagaimana Dermaroller dapat menghilangkan stretchmark?


Stretchmark adalah garis-garis putih yang terdapat pada beberapa tempat seperti perut, payudara,
paha, lengan.

Ia muncul akibat kulit meregang dalam waktu singkat sehingga kulit kehilangan
elastisinya.

Stretch mark kerap muncul pada wanita saat hamil atau saat badan mengalami
kegemukan yang awalnya kurus.

Kulit terdiri dari tiga lapisan, lapisan paling dalam disebut subcutaneous, lapisan tengah dermis dan
yang paling luar epidermis. Terjadinya stretch mark adalah pada lapisan dermis. Lapisan ini
dipenuhi dengan pembuluh darah, sebenarnya lapisan ini terbuat dari jaringan elastis, namun bila
tubuh membesar dalam waktu singkat, saraf ini akan melemah dan akhirnya pecah akibat kulit
yang menipis.

Stretch mark banyak terdapat pada wanita berkulit gelap karena mereka lebih banyak menghasilkan melamin. Stretch mark tidak boleh dihilangkan tapi mampu untuk dikurangkan dengan pengambilan makanan (sayur2an,buah2an), pengambilan air yang banyak dan boleh juga sapu pelembab utk menjaga elastik/kekenyalan kulit.

Stretchmark bukan saja berlaku di kalangan ibu hamil, tetapi boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
Mereka yang gemuk, apabila kembali kurus, mungkin juga akan mempunyai kesan regangan pada
kulit atau stretchmark.

Rekahan kulit atau dikenali juga sebagai stretch mark ini merupakan parut kecil yang terjadi dipermukaan kulit akibat dari kesan regangan kulit. Memang satu gambaran yang mencacatkan pandangan apabila pada tubuh kita terdapat kesan regangan kulit ini.

Walaubagaimana pun, ada juga ibu-ibu yang langsung tak mempunyai kesan stretchmark sewaktu
hamil.

Stretch mark berlaku apabila kulit diregangkan lebih awal daripada pertumbuhan normal. Kulit
gagal untuk bersaing dengan pertumbuhan normal dan hasil daripada itu menyebabkan ianya
terbentang atau terkoyak.

Apabila kulit diregangkan atau di bawah tekanan yang terlalu banyak, pengeluaran kolagen terjejas yang bermakna kulit menjadi rapuh. Perkara penting yang perlu diingat adalah bahawa stretch mark tidak menyebabkan masalah kepada kesihatan anda dan boleh dianggap sebagai isu kosmetik semata mata. Tetapi mereka akan kelihatan hodoh.

Stretch mark boleh dirawat dengan pelbagai pilihan termasuk gel, losyen dan krim melalui terapi laser dan juga pembedahan. Tetapi di sini penyelesaiannya adalah Dermaroller. Merawat kesan regangan dengan roller Derma

Rawatan ini bertujuan untuk merangsang badan memulihkan dirinya sendiri dengan cara
pengeluaran kolagen. Peranti dermaroller melakukannya dan kemudian memanjangkan proses ini
supaya kulit sembuh ke tahap yang lebih sempurna dari biasa. keputusan ini akan menyebabkan
kulit menjadi lebih tebal yang mana menyebabkan stretch mark pudar dan kemudian hilang.

Rawatan ini terjadi disebabkan Dermaroller yang menembusi liang-liang di lapisan luar kulit atau
'epidermis. Apabila peranti digulingkan di atas permukaan kulit, jarum yang terletak pada roller
akan menyebabkan liang-liang kulit dibuka.

Panjang jarum yang digunakan akan bergantung kepada fleshiness kulit. Jarum yang lebih panjang akan digunakan untuk kulit berisi. Rawatan ini tidak menyebabkan sebarang kesakitan walaupun anda mungkin mengalami sensasi cucukan.

Kulit bertindak balas dengan menghasilkan peningkatan jumlah kolagen sebagai satu cara
penyembuhan luka ini yang mana mempunyai kesan yang baik pada kulit secara keseluruhan.

Bekalan darah ke kulit akan menjadi lebih baik dan menjadikan kulit menebal, menjadi lebih ketat
dan membesar dengan sihat. Rawatan ini biasanya melibatkan penggunaan krim khas, losyen atau
gel pada kulit sebagai satu bentuk jagaan lanjutan.

Kesan ini dirangsang kerana pembukaan liang melalui dermaroller dan meransang peningkatan penyerapan dan hasilnya dipertingkatkan.


Bagaimana liang roma / pori pori dapat diperhaluskan dengan Dermaroller?


Liang yang besar tidak kelihatan cantik. Liang yang tersumbat dengan sel-sel kulit mati,
kotoran, dan serpihan boleh membuatkan corak kulit yang tidak menarik dan menjadikan
kulit anda kelihatan membosankan, kasar, dan kering.

Jika anda hendak membersihkan liang yang terbuka untuk mendapatkan kulit yang licin, pertimbangkan untuk menggunakan minimizer liang yang bekerja untuk membuka liang dan membersihkan seperti Dermaroller.

Umur juga memainkan faktor dalam saiz liang. Kulit kehilangan keanjalan kerana peningkatan
umur disebabkan kelemahan kolagen. Kolagen membantu menjaga pori-pori supaya kecil
dan ketat. Liang akan membesar disebabkan kekurangan kologen untuk mengecil dan
mengetatkan liang.

Banyak produk anti-penuaan mengandungi bahan-bahan seperti retinoid untuk
menggalakkan pengeluaran kolagen kerana itulah yang membuat kita kelihatan segar dan
muda. Tetapi seperti yang kita semua tahu kesan daripada produk-produk ini hanya
sementara berbanding kesan rawatan Dermaroller. Ia meremajakan kulit dengan
memecahkan lembar kolagen lama dan rosak. Kecederaan ini mendorong pengeluaran
kolagen. Dermaroller ditekan sehingga melalui permukaan kulit dan menyebabkan bekalan
kologen baru terhasil membuatkan kulit licin dan halus.