CARA PENGGUNAAN

Sebelum anda menggunakan DERMAROLLER, sila pastikan anda melakukan 3 langkah berikut :


  1. Semak kepala jarum DERMAROLLER, jika ada jarum bengkok atau pecah, jangan gunakan DERMAROLLER itu lagi kerana ia akan mewujudkan lebih banyak parut baru, anda perlu melemparkannya ke dalam tong sampah sahaja dan mendapatkan DERMAROLLER yang baru. 
  2. Jika anda rasa 1 atau 2 jarum menarik kulit semasa menggunakannya, anda MESTI berhenti kerana itu adalah tanda bahawa terdapat 1 atau 2 jarum yang bengkok. Anda akan mengetahui jarum bengkok jika anda menyemak semua jarum dengan berhati-hati dan cermat.
  3. Cuci dermaroller dengan menggunakan sabun dan air. Anda juga boleh membersihkannya dengan menggunakan air garam atau 75 % alkohol bagi memastikan DERMAROLLER berada dalam keadaan sempurna bersih.


Cuci muka dengan pencuci yang sesuai dengan kulit anda (cleanser) sebelum anda mula menggunakan DERMAROLLER.

Cara menggunakan DERMAROLLER :


1. Guling dengan hanya mengenakan tekanan berat roller sahaja, jangan guling dengan tekanan yang berlebihan.

2. Bersihkan kulit badan dan lebih baik jika anda sapukan produk penjagaan kulit pada kulit anda.
3. Gunakan selama 10-15 minit.

4. Dengan mengenakan tekanan sedikit, guling ke atas dan ke bawah dan menyerong 4 hingga 10 kali dalam garisan lurus. Pastikan anda mengenakan pada seluruh tempat yang hendak dirawat.

5. Fokus pada kawasan yang mempunyai stretch mark, selulit, perubahan warna dan parut atau kawasan yang hendak dirawat.

6. Gunakan DERMAROLLER sebagai sebahagian daripada rutin harian anda - anda boleh roll setiap hari jika anda mahu, tetapi anda perlu membiarkan kulit anda sekurang-kurangnya beberapa hari untuk proses pemulihan.

7. Jangan gunakan pada kulit yang berjerawat atau pada kawasan kulit yang luka.

8. Selepas selesai menggunakannya basuh DERMAROLLER dengan air suam dan sabun.



cara penggunaan dermaroller


penggunaa dermaroller